Ketiga bertugas pada masa cuti akhir tahun lepas, saya didatangi salah seorang pelajar kelas 1A ini bersama ibu bapa dan adik beradiknya. Saya dapati mereka begitu bangga dan teruja apabila menerima tawaran untuk belajar di STAR. Kedatangan mereka dari bandar dengan kereta besar bertujuan untuk meninjau perjalanan ke STAR, persediaan awal yang perlu dilakukan dan kemudahan yang terdapat di STAR. Daripada perbualan saya dengan mereka jelas menunjukkan ibu bapa dan anak sangat berpandangan jauh dan bersedia menghadapi apa saja cabaran di sekolah yang lama ini demi untuk merealisasikan cita-cita besar si anak. Tahniah saya ucapkan dan didoakan semoga pelajar berkenaan terus cekal, tabah dan komited hingga membawa kejayaan cemerlang apabila keluar dari STAR 5 tahun lagi.
Semasa balik ke kampung untuk melihat anak saudara yang baru lahir minggu lepas, saya dimaklumkan bahawa seorang anak petani yang miskin telah menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran di STAR. Malangnya mereka telah membuat keputusan untuk tidak menghantar anak mereka ke STAR. Antara alasan yang diberikan, mereka tidak berduit, jauh dari rumah dan banyak lagi. Saya cuba memujuk dan maklumkan bahawa pelbagai bantuan dan biasiswa akan diberikan, tetapi keputusan mereka tetap sama.
SBP ditubuhkan oleh kerajaan pada asalnya untuk membantu pelajar luar bandar yang miskin mendapatkan pendidikan yang lebih baik supaya mereka berjaya meningkatkan taraf ekonomi keluarga pada masa akan datang. Tetapi daripada dua situasi di atas, nampaknya pelajar bandar yang nampak kelebihan belajar SBP dan berusaha merebut peluang yang terhad itu. Sebaliknya pelajar luar bandar tidak rasa rugi apa-apa melepaskan peluang besar yang diberikan kepada mereka dan lebih selesa terkurung di bawah tempurung kemiskinan yang diwarisi. Di mana silapnya? Bagaimana dapat kita sedarkan mereka supaya menjadi orang yang berjiwa besar dan berani berhadapan dengan apa jua cabaran?
ruginya budak tu tak dapat g STAR..cikgu bagaimana pula dgn budak tu dia nak g ke tak? Or dia pun bersikap "tak apala"...
ReplyDeletewalau pun susah mcm mana sekalipun pelajaran anak2 perlu diutamakan..its better for the boy to go to STAR..at least dapat bantuan dari segi financial..kemudahan penginapan dan makanan yg lebih baik..dan yg utamanya pelajaran dapat dijaga dgn baik...
anything can happen after UPSR...whether that boy can achieve success or otherwise after this it all depends on that boy and his surrounding....
awat hang tak amek jadik anak angkat??
ReplyDeleteyup..napa cikgu zabidi tak ambek jadi anak angkat..hehe
ReplyDeletetakde peluang ke utk budak tu dapat masuk STAR kembali..rugi beb..pasal kewangan tu rasanya org2 Perak ni leh tolong...boleh dibantu..
bukankah matlamat SBP utk tolong org2 miskin di luar bandar...
hopefully next time takkan ada lagi kes sebegini...
insya Allah saya akan bantu usahakan sehingga dia ubah fikiran dan bersedia datang ke STAR. kalau ada sesiapa yang sudi nak hulurkan bantuan kewangan boleh bincang dengan saya (itu pun kalau dia setuju terima tawaran ke STAR la). kita pakat-pakat bantu dari segi kewangan.
ReplyDeleteAloBoy pi stadium tak semalam? Saya duduk di grandstand, masuk sama-sama JaiG$ ...
semalam tak jadi p..cancel last minute..kt tv ade live kelate main..nak tgk KJ main huhu...
ReplyDeleteInsyAllah..sy akn cuba tolong dari segi kewangan..yg mana sy mampu..asalkan budak tu nak masuk STAR..kena pujuk dia...
rasanya selain drp cikgu..kena ada old boy dari STAROBA yg tolong g pujuk..at least mrk leh ceritakan kelebihan belajar di STAR..
cikgu nanti nak g rumah bdk tu ke...
umah dia kat daerah larut matang & selama ke?
lepas dipujuk, nampaknya ada petunjuk positif. neneknya sudah bersetuju dan budak tu pun nak ikut nasihat neneknya. cuma ibu bapanya masih berdolak-dalik. antara lain dia takut anaknya jadi mangsa buli atau ragging spt yg pernah dihebohkan dlm media suatu masa dulu. usaha memujuk keluarganya masih diteruskan oleh keluarga saya di sana. kalau ada apa-apa perkembangan terbaru saya akan maklumkan di sini.
ReplyDelete