Saya telah menerima surat panggilan temuduga sebagai Pensyarah Kanan Institut Aminuddin Baki DG 48. Temuduga dijalankan pada hari Khamis, 13.11.2008 di IAB Utara pada jam 8.30 hingga 12.30 tengah hari dalam dua sesi. Pada sesi pertama saya diminta menjawab soalan- soalan objektif secara online menggunakan komputer dalam dua set. Set pertama terdiri daripada 75 soalan dan set kedua 100 soalan. Selepas itu baru ditemuduga secara lisa oleh dua orang pegawai penilai.
Saya bersyukur kerana diberi peluang menghadiri temuduga ini walaupun tidak memohon jawatan berkenaan. Saya tidak mengharapkan sangat jawatan pensyarah IAB ini, sebaliknya saya lebih berminat untuk menjadi Guru Cemerlang Gred DG48 yang telah saya pohon dan menunggu keputusannya. Walau bagaimanapun sekurang-kurangnya saya dapat menimba pengalaman ditemuduga sebagai persediaan untuk berhadapan dengan pegawai penilai bagi jawatan Guru Cemerlang nanti.
saya cadang nak memohon jawatan pesyarah kanan IAB DG48. Blh bantu saya ? Blh beri idea sebab2 memohon jawatan tersebut
ReplyDelete