31 December 2008

STAR CEMERLANG DALAM PMR - TAHNIAH!

Pencapaian STAR dalam peperiksaan PMR 2008 yang diumumkan semalam menunjukkan peningkatan yang membanggakan. Daripada 117 calon yang mengambil peperiksaan tersebut, 86 orang calon (73.5%) mendapat semua A (8A) dalam semua subjek yang diambil. Dengan pencapaian ini, STAR menduduki tempat pertama di negeri Perak mengatasi MCKK dan SBP yang lain di Perak.
Bagi mata pelajaran Geografi yang saya ajar, seramai 113 calon (96.6%) memperoleh gred A dan 4 orang pelajar (3.4%) mendapat gred B sedangkan saya mensasarkan untuk pencapaian 100% gred A. Walau bagaimanapun saya bersyukur kerana pencapaian ini masih dalam kategori cemerlang.
Sehubungan itu saya mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Azli dan Cikgu Cho Lai Fuen yang turut mengajar mata pelajaran Geografi serta ucapan tahniah kepada calon-calon PMR STAR 2008 atas pencapaian yang cemerlang tersebut.

3 comments:

  1. eh untuk cg shahnun tak ucap tahniah jugak ke..slalu gak bagi motivasi kat budak2 hang!!

    ReplyDelete
  2. tahniah :)

    kt ckgu shahnun pun skali.

    ReplyDelete
  3. Tahniah dan penghargaan kepada Cikgu Shahnun kerana subjek Sejarah yang diajarnya berada pada rangking ke-3 SBP. Geografi nombor 10.

    ReplyDelete

Saya amat hargai kiranya saudara dan saudari sudi mencoretkan sedikit ulasan dan komen membina terhadap apa-apa isu yang saya kemukakan. Terima kasih.