11 March 2009

KENDURI


Alhamdulillah, kenduri kahwin adik saya Cikgu Sofian dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar. Saya bagi pihak keluarga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada sanak saudara, sahabat handai dan jiran tetangga yang bergotong royong, berganding bahu membuat persediaan, memasak, menghidang dan membersih sama ada sebelum, semasa atau pun selepas kenduri. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas budi baik kalian.
Antara acara menarik pada hari tersebut ialah, majlis Berzanji, Marhaban & naik buai Zulaikha, anak adik bongsu saya Hidayah; majlis perarakan pengantin dan bersanding; acara memotong kek; sesi fotografi dan diakhiri dengan ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh adik saya Ustaz Sabri pada sebelah malamnya di Sekolah Agama Rakyat.
Semoga majlis ini meninggalkan kenangan indah dan bermakna kepada kedua-dua mempelai dan juga kepada para tetamu yang hadir. Andai kata ada apa-apa kekurangan dan kelemahan semasa majlis ini berlangsung, saya bagi pihak keluarga memohon ampun dan maaf.

3 comments:

  1. Tahniah, Bidi, pasaey dapat adik ipar sorg lagi...

    ReplyDelete
  2. terima kasih pyan kerana sudi lawat blog aku ...

    ReplyDelete
  3. Ingat tak lagi minggu lepas kita jumpa kat anak kurau. Kalau Boleh nak cerita panjang lagi. Tahniahlah masih jadi orang Perak. Dekat dengan kampong.

    ReplyDelete

Saya amat hargai kiranya saudara dan saudari sudi mencoretkan sedikit ulasan dan komen membina terhadap apa-apa isu yang saya kemukakan. Terima kasih.