18 May 2009

RANGKUMAN BERITA

18.5.2009: Sambutan hari guru peringkat sekolah diadakan pada hari ini. Tidak seperti tahun-tahun yang lepas, kali ini saya hanya menjadi penonton sahaja bagi semua acara yang dipertandingkan kerana mengikut nasihat doktor supaya banyak berehat. Hari ini juga meter elektrik rumah baru dipasang oleh pihak TNB.
14.5.2009: Menyertai pertandingan badminton sempena sambutan hari guru di Dewan Badminton DBI, Ipoh. Tapi tewas pusingan awal. Apa nak buat keadaan kesihatan tak mengizinkan saya bermain pada tahap terbaik.
7.5.2009: Terlibat dalam kemalangan kecil apabila kereta saya dirempuh dari belakang dalam perjalanan ke sekolah apabila terperangkap dalam kesesakan akibat kesibukan pihak polis bergegas ke bangunan Perak Darul Ridzuan sempena persidangan DUN Perak yang paling kecoh itu.

4.5.2009: Jalani pemeriksaan jantung di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur. Keadaan mitral valve saya masih sempit (1.3 cm berbanding yang normal 3 hingga 5 cm) tetapi tak perlu pembedahan lagi. Kalau bukaan injap tu di bawah 1 cm kena la ganti injap baru. Kalau blog ni tak update dalam tempoh yang lama, cuba-cuba la bertanya khabar. Mungkin saya dah pergi dulu. Jadi saya ambil kesempatan ini memohon ampun dan maaf jika ada apa-apa kesalahan atau kesilapan. Mana-mana yang termakan atau terminum itu harap dapat dihalalkan. Kalau saya ada terhutang atau terambil apa-apa boleh la tuntut cepat-cepat.

2.5.2009: Menghadiri kenduri kahwin Ros Idayu & Zulharman di rumah Abang Ca (Mohd Isa bin Daud) di Kg. Anak Kurau. Alhamdulillah pada majlis tersebut dapat jumpa kawan masa bersekolah di Sekolah Dato' Kamaruddin dulu, iaitu Azahari Zaman (Jaha) dari Kg. Sempeneh, Batu Kurau . Beliau kini berkhidmad di Jabatan Penjara, Langkawi. Sayangnya tak sempat bergambar dengan dia.

24.4.2009: Menyampaikan ceramah Geografi kepada pelajar STAR bersama Cikgu Azli.

22.4.2009: Pintu bilik air rumah baru sudah siap dipasang

14.4.2009: Hantar surat rayuan untuk menunaikan fardu haji tahun ini bersama ibu dan ayah, di pejabat Tabung Haji Taiping. Alhamdulillah dapat jumpa sahabat lama semasa saya bertugas di SMKA Slim River dulu. Kini beliau menjadi Pengurus di pejabat tersebut.

7 comments:

  1. Lawa pintu bilik air. Ada gambar ikan. Nanti bila mandi akan terasa macam mandi dalam aquarium.

    ReplyDelete
  2. Pak Lang..
    Jgn la cakap camtu...org sedih tau...
    Org doakan agar Pak Lang cepat sembuh seperti sediakala...
    p/s: SELAMAT HARI GURU
    -sori lambat wish...hehehe

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kerana dpt jugak bertemu sebelaum maut datang bertamu melalui ruangan blog ini.

    Terharu dan bangga anak-anak Batu Kurau mendidik anak bangsa. Dari: HASHIM MAT ISA http://hisyam-aljelaini.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Bidi,
    Jaga kesihatan sikit...

    Aku doakan moga2 hang dpt jugak menunaikan fardu haji... InsyaAllah...

    ReplyDelete
  5. Cikgu Zabidi,
    hati tersentuh membaca catatan anda. Terjawab sudah soalan di hati akan apa yang saya lihat tempoh hari.Saya doakan semoga Allah sentiasa melindungi dan memberikan yang terbaik kepada anda.
    Selamat melangkah ke tanah suci.

    ReplyDelete
  6. Bidi memang dah nampaklah tokoh guru yang ada pada dirimu. Selamat berjuang sebagai tokoh guru terbilang.

    ReplyDelete
  7. semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.. amin. saya bercita2 nak jadi guru, tapi x de rezeki, jd peg kebajikan... tersesat ke blog ni sbb mencari informasi tntang renovation...

    ReplyDelete

Saya amat hargai kiranya saudara dan saudari sudi mencoretkan sedikit ulasan dan komen membina terhadap apa-apa isu yang saya kemukakan. Terima kasih.