04 September 2009

HARI JADIKU

Semalam genap usia saya 44 tahun. Saya telah dilahirkan pada hari Jumaat, 3 September 1965 bersamaan 8 Jamadilawal 1385H, jam 3.00 pagi di Kg. Anak Kurau, Batu Kurau, Perak.
Sebelum ini setiap kali menyambut hari lahir rasa seronok sebab diri makin dewasa dan kematangan makin meningkat. Tapi kini pemikiran saya mula berubah sedikit. Pertambahan setahun lagi usia juga bererti berkurang setahun lagi jangka hayat saya. Ditambah pula dengan pelbagai penyakit yang ditanggung. Rasanya makin singkat masa untuk sampai ke nohtah terakhir.
Sisa-sisa hidup yang masih ada ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk menyucikan hati dan rohani dari segala noda dan dosa serta meningkatkan amal ibadat sebagai bekalan ke sana nanti. Jadi sempena bulan Ramadan yang mulia ini, sementara kesempatan masih ada, saya ingin memohon ampun dan maaf andai kata ada dosa saya dengan sesiapa yang berkenaan. Halalkanlah makan minum yang saya terima. Andai kata saya ada terhutang apa-apa boleh la tuntut semula atau mohon dihalalkan. Kepada bekas pelajar saya yang pernah dimarah, dirotan atau tersalah ajar harap maafkan juga kelemahan dan kekurangan saya itu. Harapan saya semoga apabila dibicarakan di padang Mahsyar nanti terlepaslah kita dari azab api neraka yang tak tertanggung pedihnya itu.

5 comments:

  1. Selamat memyambut ulangtahun,,semoga hidup tuan diberkati..dimurah rezeki dan dipanjangkan usia..

    ReplyDelete
  2. Happy Belated Birthday Pak Lang.....
    Semoga Panjang Umur Dan Dimurahkan Rezeki.....

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Lahir, semoga panjang umur, murah rezeki dan sentiasa dirahmati Allah SWT, Insya Allah...www.cikguizaheri.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Hepi always..
    Hope berbahagia ke akhir hayat..
    Amin..


    shaleen2732@yahoo.com

    ReplyDelete

Saya amat hargai kiranya saudara dan saudari sudi mencoretkan sedikit ulasan dan komen membina terhadap apa-apa isu yang saya kemukakan. Terima kasih.