02 October 2009

SUKA DAN DUKA DI HARI RAYA


Kita hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya. Sambutan hari raya tahun ini berjalan seperti yang dirancang pada hari raya pertama. Semua ahli keluarga sebelah isteri saya berkumpul di Taman Kota Tampan kecuali adik yang berada di Sabah. Mereka dijadualkan pulang pada cuti akhir tahun sekolah nanti. Suasana cukup meriah dan ceria bermula daripada hari terakhir Ramadan, malam raya dan di pagi raya.
Bila tiba saat bersalaman dan mohon ampun maaf daripada mak dan abah tiada siapa dapat menahan deraian air mata. Tidak seperti tahun-tahun yang lalu, keadaan kesihatan abah kali ini ketara benar uzurnya. Hanya mampu terbaring lesu di katil dengan nafas tersekat-sekat abah gagahkan diri untuk bersalaman dan menerima ucapan selamat hari raya daripada semua anak cucu serta bermaaf-maafan. Abah masih ingat nama-nama anak cucunya dan masih dapat memberi kata-kata nasihat dengan suara yang lemah.

Pada hari raya kedua kami beraya di Kg Anak Kurau. Lebih kurang pukul 12.30 tengah hari kami menerima berita dari Lenggong mengatakan Abah sakit tenat. Kami pun berkemas untuk pulang semula ke Lenggong. Mak dan Ayah saya turut serta untuk menziarahinya. Dalam perjalanan ke Lenggong kami mendapat khabar Abah sudah menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.47 petang.
Bila kami sampai, sanak saudara dan jiran tetangga sudah ramai berkumpul. Persiapan sudah dibuat untuk mengebumikan jenazah abah pada petang itu juga. Sembahyang jenazah diadakan di surau Taman Kota Tampan selepas solat Maghrib. Kemudian jenazah arwah abah disemadikan di tanah perkuburan Sumpitan yang selesai sepenuhnya ketika azan Isya' berkumandang dari Masjid Sumpitan.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan beriman.

5 comments:

  1. salam cg..semoga roh arwah ditempatkan dlm kalangan org2 yg beriman..insya-ALLAH.. =)

    ReplyDelete
  2. salam cikgu..Nama saya Mohd Hafiz.Bekas Pelajar STAR 1999-2003.Pelajar Jurusan Pergigian (Dentistry/Dental Medicine) Tahun 4 tajaan JPA di luar ngara.anyway, nak ucapkan tahniah &byk2 terima kasih sbb buat blog utk STAR..walaupun dh lama tnggalkn STAR (hmpr 6thn saya tdk ke sana)tp saya masih berminat nk mengetahui news2 trbaru almamater saya ni..Kalau boleh smpaikan slm saya pd bekas2 guru (dr 99-03 yg msh ada) & doakn kejayaan saya jd Dr. Mohd Hafiz..insyaAllah minimum 2thn lg..
    Ramai di klngn btch saya dlu yg dh mostly bkerjaya & brjaya..mayb 'tragedi 03' dlu ada hikmahnya utk rkn2 yg trbabit.ada yg grad lst yr & this yr..bdk2 medic & dntstry je lmbt sket :)
    p/s no1; MOga arwah ditempatkn di klngn hamba yg diredhaNya, selamt dlm mnjadi calon tetamu Allah & slmt hari raya aidil fitri, maaf zhr btn.

    p/s no2;maaf cmpr sdkt english,bhsa rojak & short form..cikgu kan cikgu pkr BM..hehe)
    Terima kasih

    ReplyDelete
  3. Pak Lang...Sampaikan salam takziah dekat Mak Lang ye..Sori tak dpt dtg menziarah..Jgn lupa dtg umah 17/10/2009 ni ye ada kenduri sket...

    ReplyDelete
  4. innalillahi wainna ilaihi rajiun..semoga arwah ditempatkan bersama org2 yang beriman.amin amin amin
    -adah@smkasr

    ReplyDelete
  5. Takziah dpd saya & keluarga. sorry x dpt singgah masa balik hari raya tempoh hari;ada hal.
    Dpd Sahabatmu.

    ReplyDelete

Saya amat hargai kiranya saudara dan saudari sudi mencoretkan sedikit ulasan dan komen membina terhadap apa-apa isu yang saya kemukakan. Terima kasih.