11 June 2010

20 Tahun Meniti Perjalanan Sebagai Guru

Dulu (1990) dan kini (2010)

Tanggal 11 Jun 2010 genap 20 tahun perkhidmatan saya sebagai seorang guru terlatih. Dalam tempoh dua dekad itu saya pernah bertugas di lima buah sekolah iaitu SMK Dalat, Sarawak (1990-1992), SMK Dato’ Zulkifli Muhammad, Slim River (1993), SMKA Slim River (1993-1999), SMK Idris Shah, Gopeng (1999-2000) dan Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh (2000 hingga sekarang). Sekolah-sekolah tersebut terdiri daripada sekolah harian biasa, sekolah asrama harian, sekolah menengah kebangsaan agama dan sekolah berasrama penuh, sekolah bestari & sekolah kluster. Lokasi sekolah pula terdiri daripada sekolah luar bandar, pinggir bandar dan di tengah bandaraya.
Dari segi prestasi sekolah pula melibatkan sekolah berprestasi rendah, sederhana dan sekolah cemerlang. Antara jawatan penting yang pernah disandang ialah Penolong Kanan (1991-1992), Guru Kanan Kokurikulum (1993-1995), Guru Penyelaras Bestari (2002-2004), Guru Kanan Mata Pelajaran Kemanusiaan (2004-2009), Ketua Panitia (1990-2010) dan kini menyandang jawatan Guru Cemerlang Geografi DG48. Jawatan dalam bidang kokurikulum yang pernah disandang ialah guru penasihat Persatuan Bahasa Melayu, Kelab Sahabat Sastera, Kelab Tenis, Kelab Bola Tampar, Persatuan Pengguna, Koperasi Sekolah dan Kadet Bomba. Penglibatan dalam NGO pula terdiri daripada Ketua II Persatuan Penulis Batang Padang (Pedang), Ketua II Kelab Belia dan Budaya Bandaraya Ipoh (Kebebubi) dan Setiausaha PIBG. Kegiatan luar yang pernah disertai ialah menjadi pemain bola sepak PSKPP dan MAKSAK hingga ke peringkat negeri.
Antara sumbangan penting dalam bidang pendidikan nasional ialah terlibat dalam projek membina laman web myschoolnet Pusat Perkembangan Kurikulum, projek laman web akademiknet Jabatan Pelajaran Negeri Perak dan projek rintis sekolah bestari. Pencapaian cemerlang sekolah yang pernah dicapai ialah tempat kelima kebangsaan bagi SPM di SMKA Slim River (1998), tempat pertama kebangsaan bagi PMR di STAR (2006) dan tempat pertama negeri Perak bagi PMR dan SPM di STAR (2009). Saya juga telah mencapai kejayaan individu yang membanggakan apabila muncul johan pertandingan pidato kenegaraan peringkat Bahagian Sibu, Sarawak (1990), johan pertandingan bolasepak PSKPP (1993), johan peraduan menulis esei hari guru peringkat kebangsaan (1997), johan pertandingan membina bahan pengajaran dan pembelajaran (1999). Hasil inovasi dan kreativiti saya berjaya menerbitkan antologi sajak ‘Benih Rumput’ (1992), Laman Web Bahasa Melayu (1999), antologi sajak ‘Lepak Puisi’ (2002), takwim pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu (1995-1999) dan Geografi (2004-2010), sistem pengurusan pengajaran dan pembelajaran berkesan (2000-2010), modul One Step Ahead, modul latihan topikal yang komprehensif dan sistematik dan pelbagai modul lain untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Begitulah sedikit sebanyak catatan ringkas pengalaman dan pencapaian saya dalam meniti perjalanan sebagai guru selama dua dekad.

4 comments:

  1. Salam cikgu Zabidi!
    tahniah di atas pencapaian cemerlang selama 20 tahun menjadi pendidik! jasa cikgu mendidik saya akan saya kenang! thanks.

    ReplyDelete
  2. cikgu tempat ke5 kebangsaan for SPM 98 adalah kenangan yg tak akn dilupakan,..thanks for everything i've got A for BM during that time...

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas tunjuk ajar cikgu di STAR..walaupun saya nakal...tetapi senyuman cikgu serta budi bahasa membuatkan saya sentiasa hormat pada cikgu zabidi

    ReplyDelete
  4. salam, bd memang menyerlah sms di smdb lagi.tahniah, insyaallah Allah akan sentiasa bersamamu. bb smdb

    ReplyDelete

Saya amat hargai kiranya saudara dan saudari sudi mencoretkan sedikit ulasan dan komen membina terhadap apa-apa isu yang saya kemukakan. Terima kasih.