Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri kepada semua saudara mara, sahabat handai, pelajar dan bekas pelajar serta semua pengunjung blog saya ini.
Setelah sebulan menunaikan ibadah puasa, kini kita berada di ambang 1 Syawal. Sama-samalah kita meraikan Hari Raya Aidilfitri ini dengan penuh kesyukuran kerana berjaya menyempurnakan ibadah puasa di madrasah Ramadan ini dengan jayanya dalam suasana yang aman damai.
Selama kita berkenalan, berkomunikasi dan berinteraksi; ada kalanya mata terlihat sesuatu yang mengaibkan, ada kalanya telinga terdengar sesuatu yang tidak menyenangkan, ada kalanya hati berbisik persepsi negatif dan salah sangka, ada kalanya minda terfikir sesuatu yang menyesatkan, ada kalanya mulut terucap kata-kata yang menyentuh perasaan dan ada kalanya tingkah laku dan tindakan menyalahi adat resam dan batasan.
Oleh kerana itu, saya dengan penuh keinsafan dan rasa rendah diri ingin mengambil peluang di bulan Ramadan yang penuh barakah dan Syawal yang mulia ini mohon diampunkan segala dosa dan dimaafkan segala kesalahan, kesilapan dan kelemahan. Mudah-mudahan dengan bermaaf-maafan ini kita semua dapat hidup dalam suasana yang lebih harmoni dan memperoleh kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
Bagi mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita, sudilah ziarahi kami di hari raya nanti. Pada 1 Syawal kami akan berhari raya di Kg. Anak Kurau. Hari raya kedua pula bersama keluarga mertua di Taman Kota Tampan, Lenggong. Lepas itu bolehlah kunjungi kami di RPT Tapisan Air, Ulu Kinta.
Mudah-mudahan melalui pertemuan itu nanti dapat eratkan jalinan silaturrahim sesama kita agar hubungan terus berkekalan. Akhir kata saya sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
Assalamualaikum tuan, saya juga ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin..
ReplyDeleteSdih juga, menyambut aidilfitri terakhir di Ipoh nnti..huhu saya isi borang e-tukar
saya pun sedih juga kalau cikgu keluar dari STAR. cikgu mempunyai pelbagai bakat dan kebolehan, antara yang banyak memberi sumbangan besar kepada peningkatan prestasi sekolah. kalau tak nak sedih batalkan la permohonan tu hahaha ...
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeleteSelamat Hari Raya.
Slmt hari raya aidilfitri, Bidi, dari aku skluarga...
ReplyDeleteSalam Pian. Raya ni balik Batu Kurau tak. Kalau balik bagitau ye, harap dapat jumpa nanti.
ReplyDeleteselamat hari raya!
ReplyDeletemaaf sume salah silap.
=)
p/s: check out my new blog.
http://aiman-pena.blogspot.com
insha allah mahu serius dalam berdakwah. =)
Stainless Steel vs Titanium Price Per ounce - TITANIC GAMES
ReplyDeleteThe cheapest value per titanium cookware ounce of titanium vs steel stainless steel is in USD - $0.75, the most ford fusion hybrid titanium expensive one! The average value per ounce of steel in titanium drill bit set the world titanium vs ceramic flat iron
cv605 cheap jordans,nfl shop,cheap nfl jerseys,cheap nfl jerseys,nfl jerseys,nfl shop,cheap nfl jerseys,cheap jerseys,wholesale nfl jerseys rn940
ReplyDelete