11 September 2010

1999 – 2000: Tenggelam di SIS, Menyerlah di JPN dan PPK

Pada 1 Jun 1999 saya telah bertukar ke SMK Idris Shah, Gopeng dan mengajar Bahasa Melayu tingkatan 2. Sumbangan saya di sekolah ini agak tenggelam. Di sekolah ini saya menimba pengalaman mengajar pelajar berbilang kaum yang berprestasi rendah termasuk tidak boleh membaca dan menulis. Saya melaksanakan program pemulihan termasuk menggunakan buku-buku aktiviti sekolah rendah untuk membantu mereka membaca dan menulis.
Walau bagaimanapun, ketika bertugas di sini saya berpeluang memberi sumbangan di peringkat negeri dan kebangsaan dalam bidang teknologi maklumat (IT). Saya sering dijemput membantu Jabatan Pelajaran Negeri Perak melasanakan projek mereka bentuk laman web akademiknet dan turut menyumbang tenaga dan kemahiran dalam projek mereka bentuk laman web myschoolnet Pusat Perkembangan Kurikulum, Kuala Lumpur. Di samping itu saya juga sering dijemput sebagai fasilitator kursus, bengkel dan seminar IT anjuran kedua-dua institusi tersebut.
Kehadiran saya di SMK Idris Shah tidak lama. Titik tolaknya ialah selepas kecewa kereta baru saya dicalarkan oleh pelajar. Dalam perjalanan pulang ke rumah selepas peristiwa itu saya singgah di Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh dan berkesempatan berbincang dengan Encik Mohmad Guffri Alpiah kiranya khidmat dan kepakaran saya diperlukan di sekolah tersebut serta prosedur permohonan pertukaran. Akhirnya saya ditawarkan bertukar ke STAR pada 16 Februari 2000 dan hanya sempat berada selama lapan bulan sahaja di SMK Idris Shah.
Dalam tempoh yang singkat di SMK Idris Shah saya dapat menimba pengalaman menangani isu disiplin pelajar dan isu pelajar berprestasi rendah termasuk pelajar yang tidak boleh membaca dan menulis. Pengalaman ini benar-benar menguji kesabaran, kreativiti dan inovasi untuk menunaikan tanggungjawab sebagai guru khususnya bagi meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu di kalangan pelajar berbilang kaum sebagai alat komunikasi dan bahasa perpaduan di samping meningkatkan prestasi dalam peperiksaan awam. Saya sudah cuba sebaik mungkin untuk menunaikan tanggungjawab tersebut, tetapi saya sendiri kurang berpuas hati dengan hasil yang diperoleh.

8 comments:

  1. wah anda masuk tahun 2000, saya tahun 2003, lama lagi la anda di STAR ya, tambah2 dah jadi GC..tahniah!!teruskan usaha

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Cikgu Shahnun kerana rajin tulis komen di blog saya. Sebenarnya Cikgu lebih cemerlang daripada saya. Buktinya Cikgu dah terima APC, saya belum terima lagi walaupun masuk lebih lama daripada Cikgu. Tahniah kat Cikgu juga. Sama-sama la kita berusaha untuk meningkatkan kecemerlangan anak bangsa kita di STAR.

    ReplyDelete
  3. saya hanya dpat mengucapkan simpati kerana kereta kena calar, itulah asam garam kita sebagai cgu ye. Teringat saya pada jasa anda kerana andalah orang pertama yang memperkenalkan kepada saya bagimana membangunkan laman web dan menjadikan saya begitu berminat dalam bidang grafik. Sekali lagiterima kasih

    ReplyDelete
  4. Terima kasih Cikgu Mansor. Saya tak ada langsung gambar kenangan di SISG untuk dimuatkan dalam blog ni. Kalau gambar saya di SISG ada dalam koleksi gambar cikgu harap dapat kongsi dengan saya ye. Tahniah kerana SISG sudah ada laman web yang menarik. Laman web sekolah yang saya nak buat dulu tergendala selepas pindah ke STAR.

    ReplyDelete
  5. TAHNIAH
    hebat2 belaka cikgu2 lama ni... sebagai cikgu baru kena belajar dari pengalaman cikgu lama ni....
    Berkawan Jom

    ReplyDelete
  6. Salam. apekabo cikgu zabidi?.. jadi cikgu ni memang mencabar. tambahan plak kalau dapat student yang sememangnya xnak belajar, lepastu plak nakal yang amat sangat. nak ditegur, nanti ada saja yang dia buat. mcm ckgu cakap, kereta kena calar. nakal orang dulu² tak sama dgn nakal bdk skarang ni kan ckgu?.. ckgu masih mengajar di STAR ke?..

    http://wanshah87.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. cikgu nak tau x sape yg conteng kereta cikgu tu...sya bleh bg tau. Tp cikgu kna blanje say makan dlu. Hehe.

    ReplyDelete
  8. Salam, tak semua students smkis bermasalah..cikgu pernah jadi guru kelas saya masa tingkatan dua..saya pun rasa cikgu hebat sebab ada masters masa tu tapi memang nampak cikgu tak berapa enjoy ajar kami kemungkinan sebab mengajar di sekolah berprestasi rendah

    ReplyDelete

Saya amat hargai kiranya saudara dan saudari sudi mencoretkan sedikit ulasan dan komen membina terhadap apa-apa isu yang saya kemukakan. Terima kasih.