08 November 2008

ZIARAH SMKA SLIM RIVER

Gambar antara 1993-1996

Gambar pada 11.10.2008
Pada 11 Oktober 2008 yang lalu saya menziarahi SMKA Slim River, di samping menghadiri majlis kenduri di rumah saudara saya di Taman Slim Indah. Saya telah berkhidmat di sekolah tersebut pada tahun 1993 hingga 1999. Banyak pengalaman menarik yang saya timba ketika berkhidmat di SMKA Slim River terutamanya pengalaman sebagai antara guru awal yang bertugas ketika sekolah ini mula dibuka. Gambar-gambar di atas dapat menceritakan kerja kami waktu itu. Antara jawatan penting yang saya sandang ialah Guru Kanan Kokurikulum, Ketua Bidang Bahasa dan Setiausaha PIBG.


Selepas hampir 10 tahun saya meninggalkan sekolah tersebut, hari ini persekitarannya sudah nampak perubahan yang agak ketara. Pokok-pokok bunga sudah hidup subur dengan lanskap yang menarik. Bangunan baru bertambah dan bangunan lama sudah dicat semula dengan warna yang lebih menarik dan banyak kemudahan yang telah dilengkapkan.


Saya doakan SMKA Slim River terus cemerlang, gemilang dan terbilang dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan kepimpinan. Semoga modal insan profesional yang berpegang teguh kepada Islam dapat dilahirkan oleh para pendidik untuk mendepani cabaran masa depan negara.

14 comments:

  1. Salam...
    Amboi2 Pak Lang...
    P sekolah lama ek...
    Kenduri Atim ni datang bila...

    ReplyDelete
  2. salam ,

    saya sulaiman , anak murid cikgu spm 96 5 ibnu sina, terima kasih atas segalanya... banyak ilmu yg dapat dari cikgu.
    sekrag ni saya pula merasai asam garam jadi guru di smkasr ni.
    selmat maju jaya ........

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum cikgu, saya antara pelajar batch yang mendaftar 1993 form 1.suka tengok gamba2 lama tu...memang dah lain rupa SMKA SR sekarang ye.

    ReplyDelete
  4. salam. terima kasih sulaiman dan ruby kerana sudi bertandang ke blog saya. syukurlah kerana blog ini dapat temukan kita kembali di ruang maya ni. tahniah kerana hasil didikan di smka dulu saudara berdua berjaya dalam kerjaya masing-masing.

    ReplyDelete
  5. Salam cikgu...bila tengok gambar tu rasa sayu saya...teringat zaman sekolah dulu...cikgu,mengajar kat mana?bila2 mungkin boleh kita jumpa...

    mahfuz
    smkasr 1993-1998
    usm 1999-2003
    kmpp 2003-kini

    ReplyDelete
  6. Salam cikgu...bila tengok gambar tu rasa sayu saya...teringat zaman sekolah dulu...cikgu,mengajar kat mana?bila2 mungkin boleh kita jumpa...

    mahfuz
    smkasr 1993-1998
    usm 1999-2003
    kmpp 2003-kini

    ReplyDelete
  7. Salam cikgu...bila tengok gambar tu rasa sayu saya...teringat zaman sekolah dulu...cikgu,mengajar kat mana?bila2 mungkin boleh kita jumpa...

    mahfuz
    smkasr 1993-1998
    usm 1999-2003
    kmpp 2003-kini

    ReplyDelete
  8. Salam cikgu...bila tengok gambar tu rasa sayu saya...teringat zaman sekolah dulu...cikgu,mengajar kat mana?bila2 mungkin boleh kita jumpa...

    mahfuz
    smkasr 1993-1998
    usm 1999-2003
    kmpp 2003-kini

    ReplyDelete
  9. salam mahfuz. terima kasih sudi lawat blog saya. sekarang saya mengajar di STAR, Ipoh. kali terakhir saya dengar cerita awak mengajar di matrikulasi gopeng & pernah jumpa tunang awak masa tu di SBPI Gopeng, lupa dah nama dia. kalau awak masih di Gopeng boleh la jumpa di Ipoh nanti.

    ReplyDelete
  10. salam cikgu, sy hasrul, satu batch dgn mahfuz...bile tgk gambo2 sek, teringat zmn sy msk dulu..dr kering kontang, smpi le ke tmn yg pnh dgn pokok2 n bunga2 yg cntk...plg saya tak lupa, moto besar cikgu, cikgu pny libas klu main takraw n cikgu jd gol keeper....heheheh

    hasrul...
    smka 93-98

    ReplyDelete
  11. Salam Cikgu Zabidi,
    Saya terpanggil melihat gambar-bambar kenangan di SMKA SR. Saya Ucapkan cikgu berbahagia dan terima kasih di atas segala tunjuk ajar yang telah diberikan.

    Mohamad Yusuf Aminuddin
    TM Berhad (HQ)
    SPM 1996

    ReplyDelete
  12. salam cikgu,

    saya pun bekas palajar dari smkasr nie.1996-spm.lama betul saya tak ke sana.antara kenangan yg masih ingat adalah kenduri kahwin cikgu mariam...haha..angkut anak murid pie jadi pengapit..apa la khabar berita dia la nie yer.pada cikgu zabidi..terima kasih atas segalanya.

    ReplyDelete

Saya amat hargai kiranya saudara dan saudari sudi mencoretkan sedikit ulasan dan komen membina terhadap apa-apa isu yang saya kemukakan. Terima kasih.