31 August 2008
BERCUTI DI KAMPUNG
Pada masa cuti sekolah yang lepas (22-24 Ogos) saya balik bercuti di kampung Anak Kurau, Batu Kurau. Kebetulan musim buah masih ada, dapatlah merasa buah durian, rambutan dan pulasan. Selain itu saya ambil peluang cuti ini untuk menziarahi Chei Seman di Kg. Bechah, Batu Kurau (gambar bawah). Seronok dapat jumpa ibu bapa, adik beradik dan saudara mara serta sahabat lama di kampung. Di samping dapat berbual mesra bercerita perkembangan semasa, dapat juga eratkan lagi silaturrahim dan mengukuhkan hubungan kekeluargaan. (Gambar atas: saya dan adik Pian (Cikgu Sofian) baru balik dari memetik buah pulasan di kebun berlatarkan sawah padi)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hai..
ReplyDeleteSelamat Hari Lahir yang ke 43.
terima kasih atas ingatan di hari jadiku
ReplyDeleteSaleng Melekong cikgu,
ReplyDeleteamba sebetonya dok hitei2 caghi gamba SDK tuk-tuk sapei kedalan blog cikgu ni secara tak sengaja. Ma'ah dih......
Hat amba ingat pasei cikgu seng pertanian tu nama dia Mr Benedict Loo hat bining dia sexy nak mapohh tuh. Guru Besar Cikgu Shamsudin Jalil PJK tu amba ada denga dema haba dok di Ipoh tak tehu laa...
apa2 pong ma'ah dih masuk ghumah mu tak mitak hizeng.