09 August 2008

Salam Perkenalan

Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan izin-Nya jua saya mendapat ilham dan kemahiran untuk menghasilkan blog ini. Niat utama blog ini dihasilkan ialah untuk membuka ruang interaksi dengan pelajar saya di STAR dan bekas pelajar saya di tempat lain serta sesiapa sahaja yang berminat. Melalui blog ini saya harap dapat berkongsi maklumat berkaitan bidang tugas saya sebagai Guru Geografi, nasihat, motivasi, perkembangan diri dan sebagainya.
Semoga ruang yang disediakan ini dapat memberi manfaat kepada diri saya sendiri, ahli keluarga, rakan-rakan, anak didik dan setiap insan yang berkesempatan menelusuri blog ini.

2 comments:

  1. saya pelajar ting 1.saya diberi tugas untuk membuat satu kajian.tolong saya kerana saya perlu menghantar kajian secepat mungkin.

    ReplyDelete

Saya amat hargai kiranya saudara dan saudari sudi mencoretkan sedikit ulasan dan komen membina terhadap apa-apa isu yang saya kemukakan. Terima kasih.